VIDEO - Pertunangan - Adakah boleh untuk berbicara lewat telefon dan berjumpa dengannya?
Versi Youtube :
- https://www.youtube.com/watch?v=NCzQXvZNC-4
Download Video @ Mp3 :
- https://www.savemedia.com/watch?v=NCzQXvZNC-4
Sumber :
Silsilah Al-Huda wa An-Noor, #269 at 10:03
Salafi talk
Salafi talk
Perbualan Syaikh Nashiruddin Al-Albani dengan seorang penanya di Telefon.
Penanya: Assalamualaikum.
Syaikh: Waalaikumussalam warahmatullahi
Penanya: Jika kamu tidak keberatan, adakah Syaikh Al-Albani bersama kamu
(disana-pent)?
Syaikh: Ya, dia bersama dengan kamu sekarang ini (iaitu sedang bercakap di
telefon sekarang ini -pent).
Penanya: Baiklah, jika kamu benarkan saya, saya ada beberapa soalan untuk
ditanyakan, ya Syaikh.
Syaikh: Silakan.
Penanya: Adakah diperbolehkan untuk bercakap dengan tunang saya melalui
telefon?
Syaikh: Adakah kamu telah akad nikah dengannya atau belum lagi?
Penanya: Belum lagi.
Syaikh: Tidak diperbolehkan (untuk bercakap dengan tunang kamu sebelum akad
nikah -pent).
Penanya: Tidak diperbolehkan?
Syaikh: Tidak diperbolehkan.
Penanya: Walapun sekadar untuk (saya) menasihati (tunang saya -pent)?
Syaikh: Tidak diperbolehkan.
Penanya: Baiklah. Adakah dibenarkan untuk saya melawat dia (tunang saya -pent)
dan duduk dengannya, dan mahramnya ada sekali (bersama kami -pent)?
Syaikh: Jika dengan mahramnya hadir disana dan dia (tunang kamu -pent) didepan
kamu dengan memakai tudung dan purdahnya. Contohnya, apabila tunang kamu keluar
(dari biliknya -pent), maka itu dibolehkan ( iaitu dengan hijab syar'i -pent),
atau tidak diperbolehkan (jika tidak memakai hijab syar'i -pent).
Penanya: Adakah dibolehkan untuk tunang saya memerlihatkan wajahnya (didepan
saya -pent)?
Syaikh: Diperbolehkan, jika hanya wajahnya sahaja.
Penanya: Hanya wajahnya sahaja?
Syaikh: Dia tidak boleh memakai baju yang menawan dan baju yang singkat dan
sebagainya (iaitu sehingga mendedahkan auratnya -pent).
Penanya: Baiklah. Mengenai duduk bersama dengannya (iaitu duduk dalam satu
ruangan -pent), adakah diperbolehkan untuk saya bercakap dengannya?
Syaikh: Jangan kamu bercakap dengannya kecuali apa yang kamu biasa bercakap
selainnya (iaitu wanita lain yang bukan mahram. Maksud Syaikh ialah percakapan
yang bersifat keperluan yang ringkas dan tanpa adanya sifat berlebih-lebihan
-pent).
Penanya: Baiklah. Jika dia meminta gambar saya, adakah diperbolehkan untuk saya
berikan gambar saya untuknya?
Syaikh: Sama (hukumnya -pent) seperti kamu yang meminta gambarnya.
Penanya: Ya?
Syaikh: Sama (hukumnya -pent) seperti kamu yang meminta gambarnya.
Penanya: Baiklah.
Syaikh: Adakah itu dibolehkan?
Penanya: Tidak (diperbolehkan -pent).
Syaikh: Maka jawapan saya juga ialah tidak (diperbolehkan pent).
Penanya: Jawapan kamu adalah tidak (diperbolehkan -pent)?
Syaikh: Tidak, semestinya tidak (dibolehkan -pent)
Penanya: Berkenaan apa (ya Syaikh -pent)?
Syaikh: Berkenaan apa? Berkenaan persamaan situasi yang telah kamu katakan ,
iaitu kamu tidak boleh meminta daripada tunang kamu untuk gambarnya.
Penanya: Baiklah.
Syaikh: Adakah kamu faham (akan jawapan saya -pent)?
Penanya: Iya, iya (saya faham -pent).
Syaikh: Jika kamu memahaminya, maka ikutilah jawapanku yang diberikan kepadamu.
Penanya: Tetapi ya Syaikh, kadang-kadang seseorang itu dipaksa untuk
menelefonnya (kerana ada keperluan -pent), adakah itu dibolehkan?
Syaikh: Saya tidak rasa itu adalah suatu keperluan dan kamu akan menikahi dia
juga bukan?
Penanya: Sebagai contoh, adakah dibolehkan untuk saya menelefonnya (iaitu
tunang saya -pent), supaya saya dapat melawatnya pada waktu-waktu tertentu?
Syaikh: Kenapa kamu mahu melawatinya? Dan apakah perbezaannya dengan wanita
lain (iaitu yang bukan mahram bagimu juga)?
Penanya: Adakah maksud kamu bahawa tidak diperbolehkan saya untuk melawatnya?
Syaikh: Wahai saudaraku, saya katakan kepada kamu, apakah perbezaan antara
tunangmu dengan wanita lain? Dan kenapa kamu mahu melawatnya? Jika kamu mahu
menikahinya; nikahilah dengannya dengan meminta izin dari para walinya.
Penanya: Jika walinya ada (iaitu jika sewaktu saya melawatinya -pent)?
Syaikh: Jika kamu mahu menikahinya, kamu mintalah keizinan dari walinya untuk
menikahinya. Jika disana ada persetujuan yang pasti, maka kamu boleh
melawatinya jika walinya hadir disana (iaitu untuk meminta keizinan wali untuk
menikahinya -pent). Untuk kamu melihatnya dan dia melihatmu (
iaitu nazhar pent).
Syaikh: Ataupun untuk kamu melawatinya, maka tidak (diperbolehkan -pent).
Penanya: Dan masih tidak dibenarkan untuk saya melawatinya walaupun selepas
bertunang?
Syaikh: Selepas kamu bertunang (dengannya -pent)?
Penanya: Iya.
Syaikh: Dia masih bukan mahram bagimu, ya saudaraku, sehingga kamu bernikah
dengannya (baru tunang kamu menjadi mahram bagimu -pent).
Penanya: Terima kasih. Semoga Allah berikanmu pahala, ya Syaikh.
Syaikh: Dan bagimu juga.
Penanya: Semoga Allah memuliakanmu.
Syaikh: Semoga Allah menjagamu. Sallamu alaik.
Penanya: Assalamualaikum.
Syaikh: Waalaikumussalam wa rahmatullahi.

No comments
Post a Comment